Analisa perwatakan Muawiyah Bin Abi Sofyan
MUAWIYAH bin abi sofyan ialah gabenor dalam pemerintahan ketiga khalifah Othman bin Affan di wilayah syam (Syria). Sebenarnya sudah lama Muawiyah memegang jawatan itu sehingga bertahun-tahun hasil perlantikan Saidina Umar bin Khattab berdasarkan kemampuan dan kedudukanya
Tentang kemampuan yang dimilikinya, Muawiyah adalah seorang
pintar hingga mencapai ke tahap pembelit, seorang yang berhati-hati hingga
mencapai ke tahap pendadih,seorang yang lembut hingga tahap liat, seorang yang menurut hingga mencapai tahap pembosan, seorang yang
tenang hingga ke tahap gelisah ,seorang yang ampuh hingga ke tahap peradang,
seorang yang bercita-cita besar hingga mencapai tahap tamak, seorang yang cepat
memahami hingga ke tahap penjebak, seorang yang mampu menyesuaikan diri dengan
orang-orang atasannya seorang yang
berwibawa terhadap orang-orang bahawahanya
Bukti Muawiyah merupakan ahli politik
Sepanjang pemerintahan Khalifah kedua, Umar bin Al- Khattab , seluruh jihad ditumpukan
kepada menentang musuh luar. Oleh itu muncullah Muawiyah . Sikapnya yang luar
biasa telah member satu sumbangan kepada kaum Muslimin. Sedangkan kelemahannya
tersembunyinya di sebalik penentangan terhadap musuh kaum Muslimin.
Hal yang lain ialah Umar seorang yang tegas dengan
kebenaran, kuat dengan keperibadian, mengawasi
orang-orang bahawahannya sambil bersikap adil terhadap rakyatnya . Oleh
itu, Muawiyah memperlihatkan sikap luar biasanya kepada Umar, di samping kerana
suatu cita-cita yang besar.
Setelah Umar meninggal , penggantinya pula Saidina Othman
bin Affan menjadi Khalifah kaum Muslimin.
Othman seorang yang beriman,jujur,murah hati ,bertasamuh (toleransi),
lemah lembut dan sensitif. Usianya 70 tahun ketika menjadi Khalifah.
Hal yang lain; Khalifah baru, Othman mempunyai hubungan
keluarga dengan Muawiyah.
Disini kita bermula. Othman memegang jawatan khalifah dengan
persetujuan syura (mesyuarat) selepas Umar. Jawatan itu dipegang pada tahun 23
Hijrah. Tidak sampai beberapa tahun sahaja, timbulnya beberapa persoalan baru
yang memerlukan jawapan-jawapan baru.Pada awal kemunculannya,negara Islam
sedang menuju ke arah perluasan. Sekarang menjadi stabil dan agak mantap.
Perluasan Islam pada awalnya bergantung kepada kekuatan akidah. Sekarang
bahayanya agak berkurangan dan potensinya berkembang. Sekarang kita berhadapan
dengan sebuah negara yang kuat,luas dan kaya. Permasalahan mendapat kekayaan telah
bertukar menjadi bagaimana mengagihkan kekayaan tersebut.
Saidana Othman bin
Affan sedang mengagihkan kekayaan. Dia berijtihad, ijtihadnya tepat. Dia
berijtihad tersilap. Salah satu daripada kesilapannya, dia tidak mengambil
seorang pegawai yang cekap dan dipersetujui untuk ,mengagihkan kekayaan .
Contohnya, dia tidak meluluskan peruntukan wang negara daripada baitulmal
sebanyak 600 ribu dirham diberikan kepada seorang sahabat, 200 ribu dirham
diberikan kepada sahabat yang kedua, dan 300 ribu dirham lagi diberikan kepada
seorang sahabat yang ketiga
Hal tersebut memperlihatkan tindakan yang berkurang
bijaksana kalaulah tidak kerana seorang yang terakhir iaitu bapa saudara
Khalifah Othman bin Affan
Sekarang tindakan yang kurang bijak itu telah mencemarkan
nama baik pemerintahan.
Rakyat mulai berbisik-bisik. Tetapi mereka berpuas hati
setakat itu sahaja.
Othman tidak pernah mengetahui bahawa seorang ahli sejarah
Islam akan mencatat tentangnya seperti berikut:
“Othman merupakan orang yang pertama yang memutuskan hubungan, orang pertama yang memberikan perlindungan,orang yang pertama yang memperlahankan suara takbir, orang pertama yang mencipta masjid, orang yang pertama yang memerintahkan azan dua kali pada hari Jumaat , orang yang pertama yang member gaji yang kepada muazin, orang pertama yang membaca khutbah tanpa persedian, orang pertama mendahului khutbah dalam sembahyang hari raya, orang pertama yang mengenakan zakat kepada rakyat, orang pertama memegang jawatan khalifah sewaktu ibunya masih hidup,orang pertama yang mengadakan ketua polis, orang pertama yang menyediakan bilik dalam masjid kerana ditakuti terhadap apa yang telah berlaku kepada Umar,orang pertama yang menjadi mangsa perbalahan di kalangan rakyatnya,orang pertama yang berhijrah dengan keluarganya, orang pertama yang menyatakan pembacaan kitab al-quran,orang pertama sebagai pemikir yang muncul di kota madinah dalam zamannya ketika dunia melimpah ruah dan minyak sapi rakyatnya berakhir…”
Rakyat sebuah negara
akan mendengar banyak perkara tentang Ketua Negara tanpa bersuara. Ketua
Negara memerlukan para pembantu. Melihat kepada para pembantunya, anda akan
melihat Ketua Negara. Melihat kepada dasar pemilihan mereka, anda akan
mengetahui dasar pemerintahan.
Sesungguhnya rakyat telah melihat. Mereka mendapati empat
wilayah terbesar dalam Islam telah
dimonopoli oleh empat orang daripada keluarga Othman
Jadi , ia merupakan masalah kesetiaan, bukan kecekapan?
Pemerintahan yang bersih.
Apabila pertimbangan menjadi kacau di hadapan rakyat, maka
bentuk kebersihan menjadi
kabur . Daripada kekaburan menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat. Daripada perbezaan pendapat ini menyebabkan wujudnya pandangan tidak sehaluan . Daripada pandangan tidak sehaluan tersebut menyebabkan wujudnya kegawatan di dalam Negara. Daripada kegawatan di dalam Negara lahirlah pemberontakan.
kabur . Daripada kekaburan menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat. Daripada perbezaan pendapat ini menyebabkan wujudnya pandangan tidak sehaluan . Daripada pandangan tidak sehaluan tersebut menyebabkan wujudnya kegawatan di dalam Negara. Daripada kegawatan di dalam Negara lahirlah pemberontakan.
Saidina Othman bin Affan sedang menghadapai pemberontakan .
kadangkala dia menghadapi dengan penundaan . Kadangkala dia menghadapainya
dengan nasihat. Lantas dia menyingkirkan seorang gabenor apabila terbukti sebagai kaki minum arak.
Tetapi para penasihat di sekeliling Othman sendiri menjadi persoalan aduan. Mereka menjadi
orang-orang kepercayaannya tetapi mereka dibenci oleh rakyat. Mereka telah
memperalatkan kemurahan hati dan ketuannya.Mereka menyampaikan aduan tidak
benar kepadanya. Mereka menunjukan penentangan terhadap keputusannya : Orang
ini hasad, orang ini tamak, orang ini amat hina, orang ini keras kepala, orang
ini berkomplot….
Pada mulanya tiada perkomplotan
Yang ada hanya pengaduan. Pengaduan itu bertujuan menentang sistem
pentadbiran Othman . Selepasnya
bertujuan menentang para pembantunya. Yang terakhir menentang beliau sendiri
Rakyat mendengar tentang perihal Ketua Negara sebelum ketua
Negara bersuara.
Apabila kerajaan pusat tidak mendekati golongan
pemberontakkan untuk menyelidik aduan-aduan, maka golongan pemberontak
mendekati kerajaan pusat membawa pemberontakkan. Waktu itu tahun 35 hijrah. “kota
madinah” yang merupakan kerajaan pusat Islam berada dalam keadaan darurat.
Pemerintahan pusat telah memaksakan golongan pemberontak bersenjata datang dari
Mesir,Iraq dan kufah.
Othman meminta bantuan daripada gabenornya yang juga
merupakan keluarganya. Muawiyah, gabenor syam ialah keluarganya yang terdekat.
Keluarganya tidak datang membantu . Satu tindakan telah dicatat oleh ahli sejarah asing, Gabon menulis: “Khalifah yang ditinggal oleh orang-orang yang memperalatkan kemurahan hatinya, menunggu dengan putus asa. Hari-hari kematiannya semakin hampir”.
No comments:
Post a Comment