Persengketaan Di Antara Ali
dan Mu’awiyah
Damsyik. Muawiyah berunding dan Amru bin al- Ash: Apa
balasan penyokongan anda pada saya?
Amru menjawab dengan tegas dan ringkas kepada Muawiyah : “Wallah, anda tidak memerangi Ali dan Ali tidak memerangi anda. Kamu berdua berlumba-lumba memasuki syurga. Kamu berdua berdua berperang kerana dunia. Berilah kepada kami makanan yang anda makan agar dapat kami berjuang untuk orang-orang yang mahu makan!”
Bahasa ini benar-benar difahami oleh Muawiyah. Terus terang
sahaja inilah yang dikehendaki olehnya. Pendek kata dia menyukai Amru.Jadi, Amru telah kembali ke
Mesir menjadi gabenor untuk mendapat habuan makananya
Di Hijaz, peperangan Siffin, tahun 36 Hijrah . Dua angkatan
tentera bertempur tanpa natijah. Akhirnya menyerang dan Muawiyah berundur.
Apabila Muawiyah berunding dengan Amru Al-Ash, dia dinasihatkan supaya berhakim
kepada mushaf al-Quran
Mushaf al-Quran dijulang. Genjatan senjata diaterikan.
Perundingan akan diadakan selepas gencatan senjata. Golongan pertama memilih
wakil Abu Muas al Asy’ari dan golongan kedua memilih wakil Amru bin al-ash
Setelah enam bulan berlalu kedua-dua hakim itu bertemu untuk
membuat persetujuan dan penyelesaian bagi menyelamatkan umat daripada kancah
peperangan saudara. Akhirnya kedua-dua bersetuju : kedua-dua golongan yang
bertentangan itu mengetepikan Ali dan Muawiayah serta mengembalikan syura
(menyuawarah) kepada umat untuk memilih bakal Khalifah baru….
Kedua-dua hakim itu mengisytiharkan keputusan mereka kepada
rakyat.Amru bin al Ash meminta Abi agar Abi
Musa berucap. Kemudian Amru berucap, katanya”Sama ada wakil sekalian
menyingkirkan ketuanya, sama ada saya juga menyingkirkan ketuanya, dan akan
saya tunjukkan ketua saya!
Golongan Ali bin Abi Talib tidak hati dan marah. Ini tidak
lain merupakan satu penipuan, putar belit,pendustaan, politik dan…
Siapkah pembunuh Othman?
Di ibukota Damsyik, Muawiyah telah mengetahui bahawa
penyokong-penyokong Ali di Iraq sendiri berpecah belah. Sebahagian enggan
tunduk kepada Ali, sebahagian yang lain menentangnya…
Di sini Muawiyah melancarkan serangan hendap terhadap
daerah-daerah yang dikuasai Ali di Iraq. Dari sekarang Ali terpaksa menghadapi
perjuangan mempertahan diri yang tidak member sebarang kemenangan. Malah
kekalahan demi kekalahan…
Hal yang lain : Apa yang Muawiyah ketahui, bahawa Ali telah
melantik wakil baru bernama Asytar sebagai gabenor di Mesir. Muawiyah
benar-benar mengenali Asytar. Dia mengenali potensi Asytar yang memperhebatkan
sumber kewangan Mesir yang pasti akan merupakan bantuan besar kepada Ali .Dia
mengetahui jalan ke Mesir mengandungi lembah-lembah tertentu yang akan
disinggah Asytar untuk semalaman atau dua malam
Cepat-cepat Muawiyah membuat keputusan dan rancangan :
Pertama, mengirim surat rahsia kepada seorang ketua kabilah yang menghuni satu
tugas tertentu. Muawiyah memintanya menunaikan satu tugas tertentu dan tidak
perlu menemuinya serta akan dibebaskan daripada cukai seumur hidup
Keduanya,Muawiyah keluar menemui rakyat dan memberitahu
bahawa Asytar akan berangkat Mesir dan
meminta mereka berdoa dalam setiap sembahyang untuk Asytar!
Beberapa hari kemudian, terdengar berita bahawa Asytar
meninggal.
Pada waktu itu rakyat tidak mengetahui bahawa Asytar
meninggal akibat diracun.Mereka hanya mengetahui bahawa doa Muawiyah
dimakbulkan Tuhan.Mungkin Muawiyah daripada daripada wali-wali Allah…
Saidina Ali bin Abi Talib terbunuh.
Tiba-tiba segalanya berubah. Orang-orang yang menolak Ali
semasa hayatnya dan enggan keluar bersamanya dalam peperangan terakhir,
sekarang menyokong anaknya Hasan pula dan meminta Hasan keluar berperang
menentang Muawiyah. Akhirnya perundingan selesai. Pada kali ini, Muawiyah
member apa sahaja yang dikehendaki oleh Hasan.
Untuk pertama kali Muawiyah menerima gelaran Khalifah secara
rasmi . Dia berdiri di Kufah dan Hasan berpidato di sebelahnya: “ Wahai rakyat
sekalian , sebaik-baiknya kebijaksanaan itu ialah amalan takwa.
Sebodoh-bodohnya perbuatan itu adalah amalan maksiat. Saya menyerahkan hal itu
kepada Muawiyah.Sama ada dia orang yang lebih berhak daripada saya, maka dia
orang yang lebih berhak daripada saya, maka dia mengambil haknya. Sama ada hal
itu , itu merupakan hak saya, maka saya menyerahkannya demi keselamatan umat Muhammad dan
pertumpahan darah. Segala pujian bagi Allah yang memuliakan kita awalnya dan
menghindari pertumpahan darah sekalin akhirnya”
Itulah perkataan yang diucapkan oleh Hasan .Kemudian dia
berangkat ke Hijaz untuk menetap di madinah.
Pertumpahan darah tidak berlaku lagi. Oleh kerana Muawiyah
memberitahu rakyatnya di kota Kufah bahawa zaman berjanji sudah berakhir.
Sekarang tiba zaman meleset
No comments:
Post a Comment