Siapakah Pembunuh Othman?
Persoalan ini masih tetap berada di takluk lama…. Hingga
sekarang belum berlaku pertempuran secara berhadap-hadapan antara tentera Ali
dengan tentera Mu’awiyah. Tentera pertama berpusat di Iraq. Selagi Tentera
kedua di Syria (dinamakan Syam). Untuk sekian ribu kalinya dalam sejarah,
anaknya kuncinya terletak di tangan Mesir
Mu,awiyah memikirkan kemungkinan bahaya datangnya daripada
gabenor Mesir, penyokong Saidina Ali bin Abi Talib, bernama Qis bin Saad. Mesir
berada di barat, Iraq berada di Timur , Syria berada di tengah-tengahnya. Ali
akan bergerak ke syam dengan tenteranya dari Iraq, kalau Qis meminpin
tenteranya dari Mesir. Jadi, Mu’awiyah akan menjadi korban antara kedua-dua
tentera tersebut. Anak kuncinya sekarang berada di tangan Mesir
Pada mulanya, Mu’awiyah cuba mendapat sokongan gabenor Mesir
ke pihaknya. Dia menulis surat kepada Qis meminta pandangan terhadap dua persoalan
yang disebut. Pertama dia menulis: “bertaubatlah kepada Allah. Wahai Qis…”
Kedua dia menulis: “wahai Qis, kalau anda dapat memihak kepada golongan yangmenuntut bela terhadap Othman, lakukalah. Sambutlah perintah kami. Anda akan diberi pemerintahan di Iraq dan keluarga anda pemerintahan di Hijaz selagi saya masih berkuasa. Kemukakan apa-apa yang anda kehendaki. Beritahulah pendapat anda kepada saya…”
Qis terperanjat membaca surat itu. Mu’awiyah merasuahnya.
Rasuah yang disogok itu ialah pemerintahan Iraq seumur hidup dan pemerintahan
Hijaz kepada keluarganya sebagai balasan.. belasan apa?
Balasan kerjasama dengan Mu,awiyah dalam pertarungan merebut
kekuasaan. Qis juga tidak kurang pintarnya daripada Mu’wiyah. Dia benar-benar
mengetahui bahawa kekuasaan itulah yang menjadi cita-cita besar Mu’wiyah, bukan
jenayah pembunuhan Othman. Tetapi…. Kalau sekali putar belit Mu’awiyah lakukan,
maka dua kali belit Qis akan lakukan…
Di Damsyik. Mu’awiyah membaca surat Qis dari Mesir. Dia
membaca didapati: Tidak ada apa-apa! Qis tidak menentangnya, tetapi juga tidak
memihak kepadanya. Itulah segala-segalanya!
Mu’awiyah mengirim surat lagi kepada Qis, mengancam dan
menuntut satu pendirian yang tegas.
Akhirnya datang pendirian yang tegas : Qis menolak untuk
mengingkari kesyariatan Saidina Ali bin Abi Talib.
Cepat-cepat Mu’awiyah merencanakan dua matlamat : Pertama,
menyebarkan berita angin kepada rakyat bahawa Qis memihak kepadanya. Surat Qis
berkenaan telah berada di hadapannya!
Kedua.meminta penyokongnya di Iraq juga melakukan hal yang
sama agar khalifah hilang kepercayaan kepada gabenornya di Mesir.
Hasilnya,Saidina Ali bin Abi Talib memutuskan untuk memecat
gabenor Mesir!
Memerlukan masa berbulan-bulan juga sebelum dapat di
buktikan bahawa Qis tidak bersalah. Tetapi.. pada saat itu, waktunya sudah
terlambat!
Pihak bersekutu berkumpul. Tentera bergerak dari Barat Syria
dan Timur Iraq. Persoalannya: Siapakah pembunuh Othman?
Dalam kehidupan sehari-hari kita dapat mengenali manusia menurut
jenis para sahabatnya.
Dalam politik kita dapat mengenali ahli politik menurut
jenis para penyokong dan pembantunya.Oleh kerana Saidina Ali bin Abi Talib
cukup jelas, Maka dia berbicara terus kepada kemenangan agama dan keampunan
agama dan keampunan mereka di akhirat
Muawiyah juga cukup jelas. Untuk sekian ratusan kali, dia
berbicara kepada saku rakyat dan bercakap tentang kemenangan peribadinya,
selanjutnya keampunan mereka di dunia
Dia menyemaikan perasaan tamak kepada rakyat. Dia bercakap
tentang kepentingan bersama dan pengagihan kekayaan . Pada setiap tindakan
mereka disogokkan rasuah dan wang hadiah untuk
perpecahan. Ini ciptaan Macheavelli. Ini juga bukti ciptaan jenis
pemerintahan ahli politik yang seringkali banyak berulangan dalam persejarahan
Arab. Para ahli politik yang lebih mementingkan slogan-slogan kosong, sedang
motif dan tindakan mereka amat keji…
Jadi, Mu’awiyah merupakan manusia segala zaman, atau
negarawan segala zaman. Dia merupakan kekuatan mental manusia termasuk
kelemahan-kelemahannya sebagai sifat manusia. Perasaan dan motif manusia
merupakan satu bentuk yang amat kompleks yang mana pada umumnya tidak dapat di
tafsirkan secara berkepentingan. Muawiyah adalah penganut kepentingan. Baginya
tujuan menghalalkan cara, dan kesetiaan kepada prinsip. Dia akan menggunakan
pelbagai cara untuk mendapatkan kesetiaan ini, dengan pengaruh, ancaman,
kehalobaan, kerasuahan, penipuan dan apa sahaja…
Di sini, kita berhadapan dengan model manusia ahli politik
setelah kita berhadapan dengan model manusia negarawan zaman Saidina Umar
al-Khattab. Umar membina rakyat, tetapi Muawiyah tidak ada potensi seperti itu.
Mu’wiyah adalah manusia pratikal. Dia mewarisi kekuatan, kekerasan, kepintaran
dan kehelahan daripada bapanya. Dia mendapat kemewahan dunia dan cita-cita
kekuasaan pada zamannya. Dia mendapat sesuatu yang terpenting daripada
imipiannya:
Penyembahan kekuasaan!
Baginya, kekuasaan adalah matlamat, mendapatkannya adalah
tujuan serta meneruskannya merupakan satu hadiah. Sekarang dalam kekuasaannya,
kita tidak melihat persekitarannya lagi kecuali orang-orang yang berbeza akal
dan pemikirannya. Di hadapan rakyatnya dia melaungkan slogan yang tidak dapat
dihalangi sesiapa. Slogan: Membalas dendam terhadap pembunuh-pembunuh Othman.
Tetapi dihadpan para pembantunya, dia menghulurkan kepentingan-kepentingan yang
sukar ditolak oleh manusia. Orang-orang yang tertipu dengan slogan itu akan
mengundurkan diri. Sekarang tinggal orang-orang yang sudah tergoda dengan
sesuatu kepentingan.
Gabenor Amru bin al Ash dari Mesir contohnya, yang pernah
dipecat oleh Othman semasa hidupnya, dia dalam satu dialog kekeluargaan meminta
anaknyamenunjukkan kepada siapa dia
memihak :
No comments:
Post a Comment