Saturday, 25 August 2012

AHLI POLITIK Sepanjang Zaman & PEMERINTAHAN Paling Bersih (Bahagian 5)


Hasan Diracun

Pada tahun 50 Hijrah, Hasan meninggal dunia akibat diracun. Sebahagian rakyat berpendapat bahawa perkara itu tidak merupakan persoalan politik. Sebahagian besar rakyat meyakinkan bahawa Muawiyah yang meracunkannya.

Damsyik, tahun 56 Hijrah, Muawiyah mengadakan pesta pengundian anaknya Yazid untuk memegang jawatan Khalifah baru selepasnya.

Hasilnya dari pesta itu, bangkit seorang pengundi mengangkat pedangnya mengumumkan kepada rakyat : Amirul Mulminin ialah ini (menunjuk kepada Muawiyah) . Sekiranya baginda tidak ada lagi, maka penggantinya inilah (menunjuk kepada Yazid) . Sesiapa yang membantah, maka inilah jawapanya ( menunjukan kepada pedangnya)

Sekarang kita berhadapan dengan segala bentuk politik pemerintahan Muawiyah. Sekarang jawatan Khalifah dalam genggaman tangannya. Selepasnya,  ia menjadi warisan keluarga . Itulah jawatan khalifah yang dipertahankan dan berterusan dengan kekuatan senjata. Sekarang dia berasa aman dan terjamin dirinya dengan kekayaan dan keluarganya. Sesiapa yang menentang maka jawatan adalah pedang .

Jadi, inilah bibit pengekspotasian politik yang akan melumpuhkan pemikiran kaum muslim selama 1000 tahun kemudiannya. Dengan slogan “perpaduan Fikrah” sultan akan mengenakan semua perintahnya. Dengan slogan “mempertahankan Islam” sultan akan melindungi dirinya dan akan mengawal fikiran serta menyekat kebebasan bersuara kaum muslimin . Sebenarnya Muawiyah sendiri telah merumuskan seluruh bentuk politiknya dengan berkata “ Saya tidak menghalang kebebasan rakyat selagi rakyat tidak mengancam dan mengugat kekuasan kami.”

Jadi, hal tersebut merupakan masalah kekuasaan, pemujaan kekuasaan. Rakyat boleh bersuara, berdebat,berbalah pendapat, berijtihad atau menolaknya…. Kecuali politik. Dengan itu bangsa Arab akan bangun di segala bidang pengetahuan, fikiran  mereka akan maju di semua  lapangan kecuali pengajian bidang politik.

Dengan itu para taghut akan jatuh, dan naik oleh para taghut lain. Tidak ada siapa yang mengetahui kenapa yang jatuh lenyap, dan yang naik berterusan. Celakanya ialah kerana kecelakaan itu sendiri. Namum begitu sebabnya hanya satu. Dari sudut politik, sebab itu ialah bahawa kaum Muslimin menjadi bangsa yang kehilangan ingatan!

Kaum Muslimin akan menulis sejarah politik mereka dengan amat berhati-hati dan pemalu. Mereka akan memfokuskan disekitar kejahatan yang berulangan secara lengkap. Mungkin pada zamannya, setiap sultan akan mendapat tepukan yang gemuruh. Setelah sultan pergi, sebarang penilaian menjadi rumit. Malah akan melakukan penilaian , saksi-saksi sebenarnya telah lenyap. Maka dengan semangat keraguan dan kesopanan serta meminta keampunan daripada Allah untuk diri umatnya yang kemudian, dikatakannya bahawa Ketua Negara tidak melakukan kekejaman bukan kerana mahu melakukan kekejaman, tetapi keadaan atau situasinya yang mendesak berbuat demikan. Atau sekiranya para pembantunya itulah yang melakukan kekejaman kepada rakyat tanpa pengetahuan sultan, atau,atau…

Yang penting, setiap Ketua Negara yang mendirikan kekuasannya tanpa mengetahui dengan tepat dasar kekuasan dan kaedah rujukannya. Rakyat tidak menjelaskan kepada Ketua Negara dengan terang: Apa yang diperbolehkan dan apakah yang tidak dapat dimaafkan kepada Ketua Negara.

Rakyat tidak melakukan demikian kerana rakyat sendiri tidak mengetahui .Rakyat tidak mengetahui kerana  tidak menpelajarinya kerana rakyat tidak mempersoalkan persejarahannya atas landasan akal. Para ahli sejarah Islam tidak meninggalkan kaedah persejarahannya kepada kita. Tetapi mereka menulis kepada kita hanya catatan emosi; catatan berasaskan kecintaan dan kebencian. Dengan kebencian kita mengutuk tanpa batasan. Dengan kecintaan, kita mengemukakan kepada pemerintahan keterangan-keterangan tanpa membuktikan tentang peri kehidupan dan tindakan yang benar.

Dari zaman Muawiyah bermulalah pembuktian-pembuktian.

Hasil natijah percampuran agama dengan politik, kaum Muslimin tidak dapat mengetahui dengan tepat : Di mana berakhirnya fungsi keagamaan bagi khalifah oleh pengawasan Allah, dan di mana bermulanya fungsi politik Khalifah oleh pengawasan rakyat.

Muawiyah menolak pengawasan daripada rakyat. Dia mencapai kekuasaan dengan pembunuhan dan meneruskan pembunuhan selama 20 tahun. Kekuasaan keluarganya akan hilang dengan pembunuhan juga. Antara  pembunuhan dengan pembunuhan terdapat  pertarungan antara golongan Umaiyah denagn golongan Abbasiyah. Sebahagian persejarahan politik akan lenyap daripada kaum Muslimin.

Muawiyah adalah manusia politik

Percalonan terhadap anaknya telah selesai di Damsyik

Dia mengerahkan semua jentera perang untuk menghapuskan penentangnya di Mekah dan Madinah. Dia kembali ke Damsyik.

Di Damsyik, masuk Saad bin Abi Wiqas, seorang sahabat al-jalil mendapatkannya, member salam:
“Assalammualaikum, Tuanku!” kata Saad.
Muawiyah ketawa dan menjawab : “Wahai Abu Sahak, semoga anda dirahmati Allah . Seharusnya anda mengucapkan : “Ya Amirul Mukminin!”

“Adakah anda mengucapkannya dengan ketawa ? Wallah, saya tidak pernah menyukai dengan cara yang Tuanku lakukan terhadap diri saya!” jawab Saad, getir.

Muawiyah Meninggal Dunia

Tahun 60 Hijrah Muawiyah meninggal. Pada saat-saat kematiannya, banyak perkara yang dilupai olehnya . Misalnya dia lupa bahawa.. bahawa..bahawa..

Siapakah pembunuhan Othman?

(Diterjemah daripada mingguan “ Akhbar El-Youm”, Kaherah, 20.9.1975)

No comments:

Post a Comment