Hasan Diracun
Pada tahun 50 Hijrah, Hasan meninggal dunia akibat diracun. Sebahagian
rakyat berpendapat bahawa perkara itu tidak merupakan persoalan politik.
Sebahagian besar rakyat meyakinkan bahawa Muawiyah yang meracunkannya.
Damsyik, tahun 56 Hijrah, Muawiyah mengadakan pesta
pengundian anaknya Yazid untuk memegang jawatan Khalifah baru selepasnya.
Hasilnya dari pesta itu, bangkit seorang pengundi mengangkat
pedangnya mengumumkan kepada rakyat : Amirul Mulminin ialah ini (menunjuk
kepada Muawiyah) . Sekiranya baginda tidak ada lagi, maka penggantinya inilah
(menunjuk kepada Yazid) . Sesiapa yang membantah, maka inilah jawapanya (
menunjukan kepada pedangnya)
Sekarang kita berhadapan dengan segala bentuk politik
pemerintahan Muawiyah. Sekarang jawatan Khalifah dalam genggaman tangannya.
Selepasnya, ia menjadi warisan keluarga
. Itulah jawatan khalifah yang dipertahankan dan berterusan dengan kekuatan
senjata. Sekarang dia berasa aman dan terjamin dirinya dengan kekayaan dan
keluarganya. Sesiapa yang menentang maka jawatan adalah pedang .
Jadi, inilah bibit pengekspotasian politik yang akan melumpuhkan pemikiran kaum muslim selama 1000 tahun kemudiannya. Dengan slogan “perpaduan Fikrah” sultan akan mengenakan semua perintahnya. Dengan slogan “mempertahankan Islam” sultan akan melindungi dirinya dan akan mengawal fikiran serta menyekat kebebasan bersuara kaum muslimin . Sebenarnya Muawiyah sendiri telah merumuskan seluruh bentuk politiknya dengan berkata “ Saya tidak menghalang kebebasan rakyat selagi rakyat tidak mengancam dan mengugat kekuasan kami.”
Jadi, hal tersebut merupakan masalah kekuasaan, pemujaan
kekuasaan. Rakyat boleh bersuara, berdebat,berbalah pendapat, berijtihad atau
menolaknya…. Kecuali politik. Dengan itu bangsa Arab akan bangun di segala
bidang pengetahuan, fikiran mereka akan
maju di semua lapangan kecuali pengajian
bidang politik.
Dengan itu para taghut
akan jatuh, dan naik oleh para taghut
lain. Tidak ada siapa yang mengetahui kenapa yang jatuh lenyap, dan yang naik
berterusan. Celakanya ialah kerana kecelakaan itu sendiri. Namum begitu sebabnya
hanya satu. Dari sudut politik, sebab itu ialah bahawa kaum Muslimin menjadi
bangsa yang kehilangan ingatan!
Kaum Muslimin akan menulis sejarah politik mereka dengan
amat berhati-hati dan pemalu. Mereka akan memfokuskan disekitar kejahatan yang
berulangan secara lengkap. Mungkin pada zamannya, setiap sultan akan mendapat
tepukan yang gemuruh. Setelah sultan pergi, sebarang penilaian menjadi rumit.
Malah akan melakukan penilaian , saksi-saksi sebenarnya telah lenyap. Maka
dengan semangat keraguan dan kesopanan serta meminta keampunan daripada Allah
untuk diri umatnya yang kemudian, dikatakannya bahawa Ketua Negara tidak
melakukan kekejaman bukan kerana mahu melakukan kekejaman, tetapi keadaan atau
situasinya yang mendesak berbuat demikan. Atau sekiranya para pembantunya
itulah yang melakukan kekejaman kepada rakyat tanpa pengetahuan sultan,
atau,atau…
Yang penting, setiap Ketua Negara yang mendirikan kekuasannya
tanpa mengetahui dengan tepat dasar kekuasan dan kaedah rujukannya. Rakyat
tidak menjelaskan kepada Ketua Negara dengan terang: Apa yang diperbolehkan dan
apakah yang tidak dapat dimaafkan kepada Ketua Negara.
Rakyat tidak melakukan demikian kerana rakyat sendiri tidak
mengetahui .Rakyat tidak mengetahui kerana
tidak menpelajarinya kerana rakyat tidak mempersoalkan persejarahannya
atas landasan akal. Para ahli sejarah Islam tidak meninggalkan kaedah persejarahannya
kepada kita. Tetapi mereka menulis kepada kita hanya catatan emosi; catatan
berasaskan kecintaan dan kebencian. Dengan kebencian kita mengutuk tanpa
batasan. Dengan kecintaan, kita mengemukakan kepada pemerintahan
keterangan-keterangan tanpa membuktikan tentang peri kehidupan dan tindakan
yang benar.
Dari zaman Muawiyah bermulalah pembuktian-pembuktian.
Hasil natijah percampuran agama dengan politik, kaum
Muslimin tidak dapat mengetahui dengan tepat : Di mana berakhirnya fungsi
keagamaan bagi khalifah oleh pengawasan Allah, dan di mana bermulanya fungsi
politik Khalifah oleh pengawasan rakyat.
Muawiyah menolak pengawasan daripada rakyat. Dia mencapai
kekuasaan dengan pembunuhan dan meneruskan pembunuhan selama 20 tahun.
Kekuasaan keluarganya akan hilang dengan pembunuhan juga. Antara pembunuhan dengan pembunuhan terdapat pertarungan antara golongan Umaiyah denagn
golongan Abbasiyah. Sebahagian persejarahan politik akan lenyap daripada kaum
Muslimin.
Muawiyah adalah manusia politik
Percalonan terhadap anaknya telah selesai di Damsyik
Dia mengerahkan semua jentera perang untuk menghapuskan
penentangnya di Mekah dan Madinah. Dia kembali ke Damsyik.
Di Damsyik, masuk Saad bin Abi Wiqas, seorang sahabat al-jalil mendapatkannya, member salam:“Assalammualaikum, Tuanku!” kata Saad.Muawiyah ketawa dan menjawab : “Wahai Abu Sahak, semoga anda dirahmati Allah . Seharusnya anda mengucapkan : “Ya Amirul Mukminin!”
“Adakah anda mengucapkannya dengan ketawa ? Wallah, saya
tidak pernah menyukai dengan cara yang Tuanku lakukan terhadap diri saya!”
jawab Saad, getir.
Muawiyah Meninggal Dunia
Tahun 60 Hijrah Muawiyah meninggal. Pada saat-saat
kematiannya, banyak perkara yang dilupai olehnya . Misalnya dia lupa bahawa..
bahawa..bahawa..
Siapakah pembunuhan Othman?
(Diterjemah daripada
mingguan “ Akhbar El-Youm”, Kaherah, 20.9.1975)