Dilanda krisis yang hebat
Pemberontakan makin hebat. Keadaan darurat makin diperketatkan.
Keluarga menghindarkan diri. Khalifah sekarang dalam kepungan, tidak mempunyai
bahasa persetujuan antara dirinya dengan para pemberontak. Agama tidak
menangkis mereka kerana mereka bercakap tentang dunia. Saidina Otman bin Affan
sendiri merupakan tahap-tahap peralihan dalam Islam antara agama dan dunia.
Sekarang dia dalam kepungan, sejak 22 hari dengan kedudukan
yang terhad. Tidak ada persefahaman. Tidak ada bantuan. Tidak ada pertolongan.
Tidak ada air dan tidak ada logik
Apabila rakyat berada
dalam keadaan kacau bilau, maka logik pun hilang. Sekarang roda pemberontakan
bersenjata berputar menentang khalifah
untuk pertama kali di di dalam sejarah
Negara. Tidak ada siapa yang dapat menghalanginya. Kepungan terhadap rumah
khalifah makin ketat,ketat,ketat dan…
Tiba-tiba rakyat terbangun dengan pertanyaan yang serius: Siapakah pembunuh Othman?
Siapakah Bakal Negarawan Baru Selepas Othman?
Dengan pertanyaan itu,
lahirlah pula jawapan-jawapan baru. Jawapan pertama : Saidina Ali bin
Abi Talib. Memandanag kebaikan, ilmu,iman,status dan hubungan keluarga dengan
rasullah SAW, dia adalah wajar dicalonkan untuk jawatan Khalifah.
Pada mulanya Ali menolak. Orang yang menawarkan jawatan
Khalifah kepadanya adalah golongan yang menentang kerajaan pusat dengan
kepungan bersenjata. Orang yang berhak mengundi ialah para pembesar, sahabat
dan Ahli al-Ra’yu. Pada akhirnya Ali bersetuju. Dia memperolehi pengundian.
Tetapi masalahnya terdapat jawapan lain iaitu Mu’awiyah bin
Abi sofyan.
Daripada jawapan itu, masalahnya akan bermula . Masalah
terbesar yang dihadapi oleh Negara Islam
hingga sekarang
Pertentangan dua peribadi yang berjuang untuk merebut
jawatan khlifah merupakan pertentangan yang tidak ada jalan tengah untuk
penyelesaiannya.
Saidina Ali bin Abi Talib adalah manusia yang hidup
terkemudian dari zamanya. Dia merupakan agama, hati naruni,
kejujuran,kebenaran,prinsip dab syar’iyah. Baginya agama di atas dunia. Baginya
pahala wujud di akhirat.
Mu’awiyah adalah sebalik daripada semua itu. Seorang manusia
yang merupakan dunia, kekuatan,kekayaan dan realiti. Bertahun-tahun lamanya dia
berada di tempat nyata untuk kekuasaan,
iaitu wilayah Syam. Dia mempunyai angkatan tentera. Di dalam poketnya ada
hadiah-hadiah bernilai, di tangannya ada
wang-wang dipersiapkan untuk member pahala kepada penyokong-penyokongnya di
dunia, bukan di akhirat
Oleh kerana Saidina Ali bin Abi Talib merupakan orang yang
beragama paling ikhlas,memiliki sifat jihad paling hadapan,merupakan hati
nurani paling suci,merupakan hukam paling adil dan hujah paling jitu, maka Mu’awiyah
tidak menunjukkan persoalan yang benar secara sekali gus. Persoalannya ialah
cita-citanya yang besar . Cita-citanya ialah dirinya sendiri untuk menjadi
khalifah baru bagi kaum muslimin selepas Othman.
Tetapi Mu’awiyah adalah manusia politik . Oleh itu dia
memilih persoalan lain yang menutup persoalannya yang sebenar. Dia adalah
keluarga Saidina Othman bin Othman. Jadi, mengapakah sekarang dia tidak
bercakap atas nama dirinya setelah Othman meninggal?
Persoalan sebenarnya :
Siapakah penbunuh Othman?
Di sini bermula perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
Khalifah baru, Ali mahu pengakuan terhadap dirinya diterima lebih dahulu.
Kedua, dia mahu menghapuskan perang saudara. Ketiga, dia mahu mempunyai
kekuatan yang efektif. Kemudian yang berakhir, dia mahu persoalan penbunuhan
Othman diselesaikan menurut kajian yang lengkap dan adil. Jenayah itu merupakan
pembunuhan. Ia termasuk dalam hukuman Hudud. Jenayah pembunuhan terhadap
khalifah merupakan jawatan yang disegani oleh seluruh Negara.
Tetapi Saidina Ali bin Abi Talib berbicara kepada rakyat
secara bertanggungjawab terhadap agama dan hati nurani.
Sedangkan Mu’awiyah berbicara kepada rakyat secara
menggerakkan dunia dan saku-saku mereka.
Sekarang kedua-duanya mulai mengumpulkan penyokong
masing-masing. Sekarang seluruh umat akan berpecah antara kedua-duanya.
Golongan pertama mengemukan persoalan yang dirancangkan iaitu merupakan syar’iyag
Khalifah. Golongan kedua juga mengemukan persoalan yang dirancang Saidina
Othman bin Affan.
Tidak ada pemisahan kecuali pedang. Maka bertemulah
pertempuran.
Peperangan unta….
Saidina Ali bin Abi talib Berjaya menumpaskan sebahagian
penentang terhadapnya. Tetapi ia merupakan kejayaan yang menyedihkan. Dalam
peperangan itu, orang Islam bukan sahaja membunuh orang Islam tetapi saudara
membunuh saudara sekandungnya, bapa membunuh anaknya. Akhirnya yang rugi ialah
golongan lain yang bukan golongan sebenar yang menggerakkan peperangan dengan
slogannya
Pada hari itu, kaum Muslimin berperang bukan kerana
pembunuhan terhadap Othman, tetapi berperang antara satu sama lain
No comments:
Post a Comment