Monday, 3 September 2012

AHLI POLITIK Sepanjang Zaman & PEMERINTAHAN Paling Bersih (Bahagian 6)



Pemerintahan Paling Bersih UMAR BIN AL- KHATTAB

Analisa Perwatakan Umar Bin Al-Khattab

Siapakah yang berkata bahawa kekejian akhlak merupakan harga kejayaan bagi seorang ahli politik?

Saidina Umar Bin Al Khattab seorang ahli politik. Dia adalah manusia biasa, hakim, negarawan dan Amirul Mulminin. Sebagai manusia biasa pada zamannya, dia pernah mengenali wanita cantik dan pernah minum arak. Sebagai pemikir, dia beriman, mendapat hidayah dan menganut agama Islam. Sebagai orang Islam, Dia mendesak Rasulullah SAW supaya menerangkan hukum al quran tentang hal arak. Dengan desakannya itu, maka al Quran mengharamkan arak

Kemudian Umar menjadi Khalifah, Amirul Mukminin dan pengawasan terhadap hukuman Hudud Allah di kalangan kaum Muslimin. Dengan kekuasaan itu dia telah memutuskan hukuman sebat sebanyak 80 kali bagi seorang peminum arak. Hukuman itu dilaksanakan kepada setiap peminum arak walaupun terdiri daripada keluarga sendiri.

Laporan daripada gabenor Mesir Amru bin al Ash kepada  Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab: “ Anak tuan Abdul  Rahman telah minum arak. Kami membotakkan kepalanya dan menyebatnya sebanyak 80 kali. Hukuman itu telah dilaksanakan di halaman rumah saya

Amirul Mukminin berasa gembira membaca ayat pertama. Tetapi pada ayat kedua, dia marah. Lantas dia mengirim surat kepada gabenor di Mesir, mengecam : “Wahai Ibnu al Ash, saya berasa hairan dengan keberanian anda tidak menepati perintah saya . Saya berpendapat anda wajar dipecat. Anda menyebut dan membotakkan kepala Abdul Rahman dalam rumah anda . Anda boleh menghukumnya seperti anda  menghukum rakyat Muslimin yang lain. Tetapi anda berkata : Dia anak Amirul Mukminin! Anda telah mengetahui bahawa saya tidak bertolak ansur terhadap hak yang harus di terima oleh rakyat. Andainyasampai surat ini, kirimkan Abdul Rahman supaya dia mengetahui kekejian yang dilakukan olehnya.”

Anak Amirul Mukminin telah selamat dihantar kepada Amirul Mukminin sendiri. Pada kali ini Saidina Umar bin al Khattab melaksanakan hukuman sendiri terhadap anaknya kerana minum arak. Itulah batas daripada hukuman Hudud dan hukuman yang harus dilaksanakan secara terbuka

Perlaksanaan hudud selesai dilakukan secara terbuka

No comments:

Post a Comment