Pada suatu malam, Saidina Umar bin al-Khattab meronda kota.
Dia seringkali melakukan semikian untuk menyaksikan sendiri keadaan rakyatnya.
Pada kali ini berlaku suatu yang berlainan. Dia menyaksikan seorang lelaki dan
perempuan dalam sebuah rumah sedang
minun arak.
Pada keesokan paginya, lelaki itu dipanggil untuk menghadapi
dakwaan kerana melakukan kesalahan dan bersedia menghadapi hukuman demikian
“Wahai Amirul Mukminin, siapakah yang memberi tahu anda
bahawa saya minum arak semalam?” Tanya lelaki itu.
Saidina Umar bin al-Khattab menjawab: “saya sendiri yang
menyaksikan anda. Saya melihat anda telah melanggar hukum Allah.”
Saidina Umar bin al Khattab menjawab : “Saya sendiri yang
menyaksikan anda . Saya melihat anda telah melanggar hukum
Allah.”
Ya Amirul Mukminin, saya hanya melanggar satu kesalahan
sahaja Allah. Tetapi anda telah melanggar tiga kesalahan . Allah menyuruh
manusia memasuki rumah melalui pintu-pintunya, tetapi anda tidak berbuat
demikian. Allah melarang manusia memasuki rumah sebelum member salam kepada
aahli-ahlinya, tetapi anda berbuat demikian, Allah melarang manusia melakukan
perbuatan mengintip, tetapi anda berbuat demikian,” cabar lelaki itu.
Sekarang persoalan itu menjadi terbalik bagi Amirul
Mukminin. Matlamat untuk menjaga akhlak. Kesalahannya : Ialah minum arak.
Tetapi cara itu sendiri tidak berakhlak. Di sini ketua Negara mempersoalkan
matlamat, tetapi rakyat mempersoalkan cara. Apakah yang harus dilakukan?
Usaha yang dapat dilakukan oleh Amirul Mukminin Umar bin
Khattab ialah penangguhan. Oleh kerana matlamat yang berakhlak tidak dapat dijadikan alasan untuk menghalal
cara yang tidak berakhlak!
Siadina Umar bin Al-Khattab menangguhkan tindakanya.
Umar seorang yang penuh keyakinan, tidak takut kepada
penentang-penentang. Seorang yang hebat, tidak pernah gentar akan kritikan.
Seorang yang merendah diri, tidak tunduk kepada kekayaan. Seorang yang
demokratik, tidak takut pada pemberontakan. Sorang yang amanah, tidak takut
kepada pengkhianatan. Seorang yang adil. Tidak takut kepada kezaliman. Seorang
yang kuat, tidak pernah lemah. Seorang yang jelas, tidak pernah berbelit-belit.
Seorang yang berani, tidak pernah takut kecuali kepada Allah . Seorang yang
bijaksana,dapat membezakan antara ketegangan dan ancaman. Seorang yang bersih,
tidak pernah menyimpan perasaan hasad.Seorang yang tawaduk, tidak pernah
memaksa,seoarang yang belas, tidak pernah menganiaya. Seorang yang merdeka,
tidak pernah ditunduk. Seorang yang zuhud, tidak pernah mengasingkan diri.
Seorang yang merendah diri, tidak pernah tamak. Seorang yang sentiasa benar,
tidak pernah aniaya
Umar adalah manusia yang sentiasa sedar bahawa “Utmah”
(kesucian) itu hanya bagi Allah semata-mata. Dia adalah manusia, oleh itu dia
mengetahui bagaimana menguasai dirinya sebelum menguasai diri orang lain. Umar
telah menguasai dirinya.
Pada zaman Jahiliah semua orang mengenali umar; Orang yang
berpewatakan tinggi, bertubuh lampai, warna kulitnya putih, langkahnya pantas,
bahasanya tersusun, percakapnya baik, suaranya nyaring, perasannya resah
gelisah, hatinya lembut. Kurang tersenyum, sentiasa cergas, amat serius,jiwanya
besar, perasaannya sensitive,pendapatnya tepat, sifatnya lembah-lembut
mendalam, kemarahannya menakutkan
Pada zaman Islam juga semua orang memgenalinya; penentang
yang gigih,persahabatannya amat mendalam,fikirannya terus terang, ijtihadnya
luas, jujur dalam permesyuaratannya. Jihadnya amat keras,imannya luhur,perjuanganya
dengan Rasulullah dalam menegakkan risalah Islam telah teruji. Ali menunjukkan
Abu Bakar sebagai penganti Khalifah Nabi, dia bersetuju.
Saidina Abu Bakar jatuh sakit….
No comments:
Post a Comment