itu akan mempamerkan kekemasan dan
ketelitian yang serupa. Apabila orang jepun membina tiang misalnya,
mereka akan serta-merta membalutnya dengan bahan pelindung agar tidak
rosak dirempuh oleh pekerja yang membawa bahan-bahan berat. Budaya yang
mengutamakan ketepatan ini mungkin melambatkan kerja pada peringkat
permulaan, tetapi cepat mencapai kelajuan kerana prosedur dan amalan
yang baik diwujudkan dari awal. Apabila orang jepun memutuskan yang
mereka perlu mengeluarkan barangan bermutu tinggi, mereka boleh
melakukannya dan mengekalkan kos pengeluaran yang rendah. Jumlah yang
dihasilkan bagi satu-satu masa tidak berkurangan dan akhirnya margin
keuntungan menjadi lebih besar DOKTOR UMUM memoir Tun Mahathir Mohammad
page 387
No comments:
Post a Comment