Wednesday, 31 October 2012

Melayu, Jatidiri,Takwa dan Bersyukur

Manusia yang memahami agama,
akan mempertahankan status bangsanya,
sebab apa?
sebab bangsa itu diciptakan oleh Allah, tuhannya.
bila manusia itu faham,
maka dia boleh kekalkan jatidirinya,
bila memahami makna JATIDIRI, terbitlah sifat TAKWA,
bila itu berlaku, barulah dia faham nikmat dilahirkan pada sesuatu bangsa,
bila manusia mula berSYUKUR, maka tuhan tambahkan nikmat,
bila kufur engkar, maka azab turun sangat hebat,

BUKTI:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
“Demi sesungguhnya...
Jika kamu berSYUKUR nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,
dan demi sesungguhnya...
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[Surah Ibrahim] , [Ayat 7]

Akibat SYUKUR & ikut nasihat tuhan:
MELAYU MASIH BERAJA:
MELAYU MASIH ISLAM AGAMANYA (sejak zaman para nabi-nabi lagi...)
ingat yea...
jangan kamu sangka yang seluruh Nusantara ni agamanya hindu,
kerana agama Nabi Ibrahim sudah lama bertapak di Nusantara,
bila nabi penghabisan turun...
maka Umat Melayu paling senang masuk Islam tanpa perang.
hairan kan kenapa ?
maka serupalah halnya dengan sangkaan Yahudi,
disangkanya Arab Jahiliyah semuanya sembah patung berhala,
tak mungkin akan wujud nabi di tengah-tengah kota maksiat Mekah itu,
tup tup....
di tengah-tengah bandar yang pesat dengan ekonomi Arab itu,
di tengah-tengah pekan yang banyak tarian dangdut Arab malam-malam...
dengan arak bersepah-sepah...
boleh lahir seorang Nabi penutup ?
(hilang akal ke apa ? tu sebab kamu semua kena study sejarah.)

Manusia yang tak menghargai pemberian tuhan,
tuhan akan tarik nikmat tu dari diri mereka.
Sebab itulah tuan-puan...
umat Melayu ni amat memahami nasihat tuhan...
bangsa ini mencapai tingkat TAKWA yang sangat tinggi,
asbab memahami wahyu ALLAH,
dihormatinya kaum-kaum pendatang yang singgah di tanahnya,
diberinya tempat tinggal,
dijamunya makan dan boleh hidup sama-sama...
dianugerahkan warganegara,
bangsa Melayu berbesar hati memberi kurnia darjat, pangkat, pingat,
kepada banyak pendatang dari Tanah Besar Cina & Tanah Besar India,
bahkan boleh memiliki tanah-tanah Melayu yang Melayu kurniakan,
cuba lihat...
bangsa manakah sebesar & semulia ini,
yang sanggup hidup & berkongsi sama-sama dengan orang lain ?
JAWAPANNYA TIDAK ADA...
Hanya umat Melayu sahaja bersikap sedemikian...
Sebab bersifat TAKWA lah Melayu melakukan ibadat sesama manusia,
semulia ini rupanya...
Rupa2nya, kita berada di tengah2 sifat keTAKWAan umat Melayu,
sebab itulah bumi ini sentiasa dilimpahi rahmat & berkat.
Dihormati musuh dan kawan.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

BUKTI:
“Wahai manusia...!
Sungguh...
Kami telah menciptakan kamu,
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan,
kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku-suku,
agar kamu saling mengenal.
Sungguh,
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah,
ialah orang yang paling bertakwa.
Sungguh...
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.”
(Al-Hujurat) , Ayat 13)

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Rupa-rupanya,
kita berada di tengah-tengah sifat keTAKWAan umat Melayu,
sebab itulah bumi ini sentiasa dilimpahi rahmat & berkat.
Dihormati musuh dan kawan.
Tapi ada orang YANG SESAT LAGI MENYESATKAN,
menuduh orang lain asobiyah,
maka sifat tuduhan ini layaklah dia digolongkan dengan YAHUDI,
sebab Yahudi sahaja tak punya sifat seperti MELAYU.

12:07 tengahari.
Okinawa, Laut Kemboja Timur, Jepun.
Rabu
03 Zulkaedah 1433
19 September 2012
(Takkan Islam Hilang Di Dunia)
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

dari DinarEmasDinarPerak

No comments:

Post a Comment