Dalam keadaan sakit Abu Bakar berasa bimbang jika Muslimin berpecah-belah setelah
ketiadanya. Dengan itu dia ingin memilih seorang khalifah untuk mereka
selepasnya. Dia memerhati,merenung dan berfikir. Akhirnya memilih Saidina Umar
bin al-Khattab. Untuk memastikan hatinya, dia meminta para pembesar sahabat di
sekelilingnya supaya memberikan pendapat
tentang pilihan ini.
Semua menjawab: Umar baik, jujur dan mukmin. Tetapi…. Di
sini, mereka mulai memperlihatkan penentangan terhadap Umar
Sebahagian mereka berkata : “Umar seorang pembengis. Politik
memerlukan taktik lemah lembut.” Sebahagian yang lain pula berkata : “Sifat
luarannya amat ketat daripada sifat dalamannya. Politik memerlukan
sebaliknya….”
Sebahagian mereka masuk dan berhujah dengan Abu Bakar di
tempat pembaringan sakitnya : “ Apakah anda
akan menjawab kepada Tuhan jika ditanyakan kami dengan Umar? Anda telah
melihat sendiri apa yang dibuat Umar kepada orang ramai. Bagaimana akan menjadi
nanti kepada mereka setelah anda menemui
Tuhan?”
Disini , Abu Bakar menjadi marah, Dia berteriak kepada orang
ramai di sekeliling, tetapi mereka
mendudukkanya ke pembaringan, Apabila dia duduk, katanya dengan marah:
“Demi Allah, adakah sekalian menakut-nakutkan saya? Allahumma, Saya bersumpah sekalian adalah sebaik-baik
ahli!”
Ya, Abu Bakar menyedari bahawa Islam dalam keadaan genting .
Pada saat genting memerlukan Ketua Negara yang berterus terang dan tidak
bermuka-muka kepada rakyat melakukan keadilan, dan tidak berat sebelah terhadap
rakyat. Abu Bakar mengenali hakikat Umar sebenar, tetapi orang lain
mengenalinya hanya melalui kemasyhuran ialah hasil campur dan tolak perasaan
terhadap Umar. Tetapi Abu Bakar mahu penyelesaian terhadap Umar. Dengan itu,
Abu Bakar cepat-cepat berpidato kepada rakyat: “Apakah tuan-tuan suka dengan
orang saya pilih untuk tuan? Wallah,
saya tidak mahu memeningkan kepala. Saya tidak mahu orang daripada keluarga
saya. Saya telah melantik Umar bin al-Khattab. Tuan-tuan hendaklah ikut dan
patuh kepadanya..”
Abu Bakar meninggal dunia pada malam Isnin
Hari selasa . Khalifah baru Saidina Umar bin al-Khattab
berpidato didalam Masjid : “ Aiyunan nas .
Saya hanya manusia biasa seperti tuan-tuan juga. Andainya saya tidak mahu
menyahut perintah Khalifah Rasullah SAW, tentu saya akan ikut perintah
tuan-tuan.”
Semua yang hadir pada ketika itu hanya diam.
Umar berdoa dan orang ramai mendengar: “ Ya Tuhan! Diri saya
amat bengis, jadikanlah lembut! Ya, Tuhan! Diri saya amat lemah, jadikanlah
kuat! Ya, Tuhan! Diri saya amat Bakhil,jadikan pemurah!”
Pada kali ini, orang ramai menunggu dan diam. Umar terus berdoa dan orang ramai mendengar: Allah
akan menguji tuan-tuan dengan saya dan akan menguji saya denagn tuan-tuan!”
Itulah pesanan yang disampaikan Umar kepada rakyat dengan
jawatan barunya: Keislaman.Keimanan,Kemampuan dan keperibadian.
Sekarang Ketua Negara memulakan tugasnya dan mulai menerima
tanggungjawabnya
Tugas yang dijalankan
Saidiana Umar
Tugas pertama : Saidina Umar
al-Khattab memerlukan pasukan sukarelawan yang berkhidmat dalam angkatan
tentera Muslimin yang sedang berjuang menentang Parsi di Iraq. Pasri telah
memperhebatkanserangan mereka . Tentera Muslimin terpaksa berundur ke kota al
Hairah. Umar sekarang sedang menghadapi saat-saat genting. Bertangguh akan
membahayakan. Keadaan dalam kesulitan. Saat-saatnya mencemaskan Khalifah
memerlukan pasukan sukarelawan
Tidak ada pasukan
sukarelawan
Sehari, dua hari dan tiga hari telah berlalu, masih tidak
ada pasukan sukarelawan. Adakah rakyat masih takut terhadap kebengisan Umar?
Kalau begitu. Biarlah Umar menjelaskan kepada rakyat
Ketika sampai waktu sembahyang, Amirul Mukmin berpidato
kepada orang ramai : “ ketahuilah bahawa saat-saat genting amat mendesak.
Tetapi kegentingan itu akan berlaku kepada orang-orang yang menzalimi dan
mencerobohi kaum Muslimin. Berkenaan keselamatan,agama dan penghematan, maka
saya tidak akan membiarkan seorang pun menzalimi atau mencerobohi orang lain
hingga saya menekan sebelah pipinya ke tanah dan memijak sebelah pipinya satu
lagi dengan kaki saya hingga dia menerima kebenaran. Dalam saat-saat genting,
saya telah menyembam muka saya ke tanah
untuk orang-orang yang mulia dan buta. Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah
kepada Allah. Bantulah saya untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
serta menjalankan pesanan yang diperintah Allah tentang urusan tuan-tuan. Saya
ucapkan ini, dan semoga Allah mengampukan diri saya dan tuan-tuan sekelian!”
Pidato Umar berakhir. Rakyat mulai berfikir untuk beberapa
seketika. Kemudian mereka mulai memberi jawapan yang positif.
Orang yang pertama member jawapan adalah Abu Ubaid
aht-Thaqafi. Jadi, Abu Ubaid ath-Thaqafi dilantik menjadi panglima tentera
Sekarang, masa untuk ragu-ragu telah berakhir. Bermulalah
masa ketegasan
Surat keputusan nombor 2 daripada Amirul Mukminin kepada
tentera Muslimin (Syria sekarang) : Khalid bin al-Walid dipecat daripada
panglima tentera. Abi Ubaidah bin al-jarah dilantik menjadi panglima tentera .
Sebab utamanya adalah disebabkan kelewatan tentera memenuhi tugas di syam dan
sebab-sebab yang lain….
Kemudian peringatan daripada Khalifah baru kepada panglima
tentera baru: “ Sesungguhnya Allah telah menguji anda dengan saya dan menguji
saya dengan anda. Janganlah terpengaruh dengan kemewahan dunia .
Berhati-hatilah anda terhadap kemusnahan seperti kemusnahan umat sebelumnya.
Kamu semua telah melihat pertarungan mereka”
Mulai dari sekarang, tidak ada kekuatan kecuali dengan
kebenaran. Tidak ada perhitungan kecuali denagn pernatijahan. Tidak ada
perselisiahn kecuali dengan keadilan .Mulai dari sekarang tidak ada sesiapa
yang mengatasi penyemakan,perhitungan atau kritikan.
Arab mara ke medan perang Yarmuk di palestin. Mereka
mengepung kota Damsyik. Mereka menawan kota humas.
Arab mara dan mara…
Di setiap kemaraan, Umar menulis surat kepada setiap
panglima tenteranya: “ Tulislah surat kepada saya tentang semua hal ehwal dan
tafsil tuan-tuan. Bagaimana kamu sekalian singgah, bagaimana kedudukan musuh
sekalian. Tulislah surat kepada, seakan-akan saya melihat sekalian. Jadikan
ahwal sekalian jelas di hadapan saya!”
No comments:
Post a Comment