Dari blog mistisfiles
Selamat membaca
Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa
Tuan-tuan,sesungguhnya
di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah
sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah
s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi
s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh
kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya
cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada
kejayaan.
Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada
kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara
Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada
kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w
sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan
Maha Berkuasa.
Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t.
Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W.
Cara
Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak
bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara
Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak
bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat
iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN.
Hari
ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya
ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat
Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN
HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.
Daripada Abu
Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan
zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir
SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara
langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah
saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau
hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan
dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim)
Diriwayatkan
dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah
s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang
suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang
menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu
bersihkanlah tempat-tempatmu”
(HR. Tirmizi)
Dari
Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari
(peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu:
menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta
mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan
hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak,
mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang
rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir
perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
Betapa
lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi
s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi
pembersih.
Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan
sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun
tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka
dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua
tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan.JIKA
KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN
SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan.
Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w.
Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )
Lihat
tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi
mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat
solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan
mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu
orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat
kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan
dirinya dalam kemuliaan agama.
Adakah agama-agama lain
mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan
kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Salah
satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat
berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan
saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat
Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama
kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi
diri.Islam agama yang sosial dan komuniti.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima
hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu:
Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan,
menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
5
perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan
hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup
bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan
hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan
hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat
kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.
Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:
"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)
Kita
tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal
kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita.
Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan.
Jika
kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di
dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya
makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan
dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya:
Kaab bin Malik r.a bercerita,
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali"
(diriwayatkan
oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari
Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber
dari bapanya)
Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w?
Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.
Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan?
Hamba
Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut
sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat
jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini
lebih bertamadun.
Owh...tuan mahu saya terangkan dari
segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau
tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di
dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau
hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup
tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan
sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada
masalah malah boleh selesai masalah.
Hamba Allah:Saya tak
nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari
nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif
dan tidak bertamadun.
Itu tuan yang kata ke atau 'Orang
Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum
bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini
sampai mati.
Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab
Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak
tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini
mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan
dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari
kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga
diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana
protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses
penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim.
Oleh
itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase
dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita
menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan
isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam
air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak
ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan
dari proses penguraian makanan).
Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan.
Tuan
nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila
kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala
sebab ikut sunnah nabi.
Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar
pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak
tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah
selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik.
Masya
Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat
pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak
menyihatkan.
Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari
Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah
kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot
dan tak saintifik.
Astaghfirullahalazim...sebenarnya
tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari
buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh
tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang
kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di
dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia
mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun
daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula
menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut
selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang
malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan
SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.
Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan.
Begitulah
tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan
kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan
fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t
adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk
manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana
mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada
janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai
idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung
kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita
mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi.
Bila
kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan
hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai
keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan
cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak
cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti
Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak
seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara
nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia
tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat
fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada
sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik.JIKA
KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN
SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN.
Oleh itu tuan-tuan,marilah kita amalkan sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan?
SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.
Ya
Allah!Rupanya Engkau telah letakkan kejayaan di dalam sunnah nabi.Ya
Allah!Pilihlah kami untuk amalkan sunnah kekasih-Mu.Ya Allah!Mudahkan
kami untuk amal sunnah kekasih-Mu!
No comments:
Post a Comment