Tuesday, 31 July 2012
PETUA AWET MUDA DARI TUN DR MAHATHIR
Menjalani kehidupan yang cergas adalah penting untuk semua peringkat usia, terutama dalam tempoh persaraan . Setakat yang terdaya, saya cuba mengekalkan rutin kerja . Saya bangun awal untuk solat subuh . Selepas bersolat,saya bercukur, menggosok gigi, dan mandi air suam. Sebelum sarapan. Saya membuat beberapa minit pernafasan panjang dan senaman ringan
Sarapan saya ringan sahaja dan kemudian saya memulakan hari dengan menulis . Saya berasa kehilangan kalau tidak menulis sesuatu pada awal padi. Bagi saya, menulis membantu menggerakan otak dan menajamkan ingatan. Saya jarang melakukan senaman berat, khususnya pada waktu pagi hari bekerja . Saya menggunakan treadmill sekali – sekala, saya tidak berjalan kaki sekerap yang saya inginkan dan saya tidak bermain golf.
Kegemaran saya adalah menunggang kuda yang saya pelajari ketika berusia 60 tahun . Ia bermula apabila saya dijemput oleh Allahyarham Presiden Pakistan, Muhammad Zia ul-Haq bagi menyaksikan perarakan Hari kebangsaan negaranya. Kita pergi ke tempat perarakan dengan kereta dan kemudia kereta kuda . Kami diiringi oleh pengawal berkuda Pathan yang berpakaian seragam tentera . Saya teruja dengan apa yang saya lihat dan mengambil keputusan untuk membeli dua ekor kuda dari Pakistan. Presiden Zia mendapat tahu hasrat saya lalu menghadiahkan dua ekor kuda itu kepada saya . Maka saya pun belajar menunggang kuda di kelab menunggang dan Polo Selangor.
Perkara pertama yang saya pelajari mengenai kegiatan menunggang kuda adalah duduk tegak dan lurus di atas pelana . Ini sangat penting . Ia bertujuan untuk mengelak kita daripada sakit belakang. Saya fikir, ia turut membantu saya berdiri tegak dan tidak membongkok walaupun usia saya sudah melepasi 80 tahun . Apabila kita bongkok, kita akan nampak tua.
Saya juga mempunyai tabiat berjalan seperti orang berkawat. Kebanyakkan orang yang berusaha 80 tahun umumnya akan berjalan lebih perlahan . Malah,ada yang terketar-ketar dan mengheret kaki.orang yang lebih muda biasanya suka membantu orang tua bangun ,berdiri ,berjalan dan memnajat anak tangga. Kadangkala , orang tua pun suka dibantu. Mereka sukakan perhatian dan sikap prihatin anak cucu mereka. Kalau kita membennarkan diri kita dibantu, ia boleh menjadi tabiat . Selagi boleh dan terdaya ,eloklah kita cuba mengelak daripada dibantu. Ini membuatkan kita Nampak seperti orang muda. Lagipun ,ia baik bagi otot dan imbangan kita
Saya juga cuba tidur secukupnya , iaitu enam jam pada waktu malam , dan kalau boleh, diatas katil yang sesuai . Selepas makan tengah hari, saya akan melelapakan mata selama 15 minit sambil duduk diatas kerusi yang selesa dengan menegakkan kepala. Saya membuat rutin yang sama apabila dalam perjalanan atau jika tidak ada apa-apa yang hendak dilakukan . Melelapkan mata sebentar sambil duduk amat penting . Jika kita berbaring, kita akan bangun dalam keadaan terhujung-hayang dan tidak dapat bekerja
Di samping kemampuan saya mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika, pengalaman saya sebagai seorang doctor turut membantu saya bekerja dalam tempoh waktu yang lama ketika menjadi Perdana Menteri. Selepas tidur sepanjang penerbangan,saya boleh terus bekerja . Lagipun apabila melawat Negara asing, saya tidak ada masa untuk berehat. Sebaik sahaja turun kapal terbang ,saya akan terus bertugas . kalau bernasib baik . bolehlah berehat sebentar sementara menunggu pagi.
Yang paling penting, kita mesti bersenanag hati kalau mahu kelihatan muda. Kegembiraan bercinta adalah yang paling nyata. Memanglah sukar untuk berasa gembira setiapa masa , tetapi kalau bersyukur dengan apa yang kita nikmati setiap kali bangun pagi, kita akan berasa gembira. Memanglah ada masalah yang perlu diatasi dan kesedihan untuk dirasai, namun tentu ada sesuatu yang boleh membuatkan kita gembira. Bagi saya , sejak dulu lebih-lebih lagi sekarang, dapat bangun setiap pagi adalah anugerah paling besar-DOKTOR UMUM memoir Tun Mahathir Mohammad page 686
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Hendak tahu lebih lanjut tentang Tun Mahathir dan negara dapatkan buku beliau di MPH bookstore dengan harga RM 59.90 :)
ReplyDelete