Monday, 24 December 2012

Tun Dr Mahathir Mohammad ART of ECONOMICS

Pengajaran utama daripada pengalaman ini ialah perlunya kita mengetahui punca sebenarnya ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan hubungan di antara pelbagai faktor yang berbeza.

Sebaik sahaja maklumat terperinci itu diketahui, tidak mustahil satu strategi dapat di rumuskan untuk menentang kuasa penyebab masalah tersebut.

Beberapa penyelesaian mungkin datang untuk sesuatu masalah dan ia perlu dibincangkan serta di cuba.

Rumusan alternatif sebagai sokongan perlu juga disiapkan kira rumusan terpilih gagal.

Perlaksanaan sesuatu penyelesaian itu harus dipantau oleh mereka yang merumuskan strategi itu sekurang-kurangnya untuk melihat proses perlaksanaannya bagi membolehkan sebarang langkah pembetulan diambil apabila perlu.

Maklumat yang lengkap lagi berterusan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi adalah amat penting. Angka, graf, dan carta memberikan gambaran yang lebih jelas berbanding hanya laporan dengan perkataan.

Penjelasan perlu dibuat secara lisan oleh pelapor itu sendiri. Sudah tentu mereka yang menerima laporan juga perlu berpengetahuan berhubung apa yang diperkatakan bagi membolehkannya membuat penilaian dan memutuskan apakah tindakan yang sepatutnya diambil.

Memang sesuatu sistem itu penting tetapi yang lebih mustahak orang yang bekerja dalam sistem terbabit.

Sebenarnya sesuatu sistem yang baik hanya mampu memberikan sebahagian penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Orang yang mengendalikan sistem itulah sebenarnya mampu menetukan bahawa ia benar-benar berkesan.

Suatu lagi pengajaran yang penting ialah Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dalam menguruskan ekonominya.

Ia tidak harus memberi ruang dirinya dilemahkan oleh kecuaian dalam penyenggaraan ekonomi dan kewangannya yang kukuh.

No comments:

Post a Comment