Monday 21 January 2013

Self-Esteem.

Apakah 'self-esteem' atau dalam bahasa Melayunya,estim diri?Self-esteem ni adalah semacam satu perasaan yang kita rasai tentang diri kita,atau konsep diri kita yang kita rasai atau fahami.

Lebih jauh lagi,self-esteem inilah yang membantu seseorang bagaimana dia mahu menerangkan keadaan dirinya.Emosinya,pemikirannya,situasi dirinya.Self-esteem juga berkisar tentang maruah dan jatidiri,merupakan kesan (extension) dari self-esteem.

Contohnya paling mudah untuk menerangkan tentang self-esteem ialah apabila kita menerangkan tentang diri masing-masing.KEPERCAYAAN KITA TENTANG DIRI KITA.

Self-esteem penting untuk membangkitkan motivasi dan semangat berjuang.Orang akan jatuh semangat apabila dirosakkan self-esteem nya atau direndah-rendahkan (downgrade).

Sesetengah orang Melayu (atau mana-mana bangsa yang pernah dibawah imperialisme) mempunyai masalah self-esteem.Sesetengah dari mereka memandang tinggi orang Barat.Orang Barat digambarkan sebagai berkebolehan tinggi,segak,tepat semua tindakan,bijak dan berkemahiran.Ini lahir dari pembacaan sejarah yang melebih-lebihkan isu penjajahan.Jadi produk yang terhasil adalah minda terjajah.Terdapat dua kategori,pertama mereka yang kurang mendapat pendidikan,memandang tinggi orang Barat seolah-olah genius dan hebat.Kedua,mereka yang mendapat pendidikan,tapi tetap memandang orang Barat sebagai genius dan hebat + memandang rendah bangsa sendiri.

Orang nombor dua adalah parasit yang perlu 'disekolahkan'.

Orang nombor dua adalah wannabe tahap berat yang bangga dengan orang luar dan motived diri sendiri bahawa bangsa sendiri adalah di bawah tahap.Kemudian dia setkan pemikiran orang lain bahawa bangsa sendiri 'low-level'.

Mereka tiada self-esteem walau nampak 'educated'.Pandangan dan pemikiran mereka adalah pesimis.

Untuk menjadi bangsa yang berani dan tabah,kita perlukan orang-orang yang kuat self-esteem.Jepun,yang hancur semasa Perang Dunia Kedua,memiliki orang-orang yang kuat self-esteem mereka.Pemikiran mereka jika Barat boleh buat itu dan ini,mereka pun boleh!Dan mereka berjaya.Lihat Filipina.Rakyat mereka bijak-bijak.Bahasa Inggeris mereka bagus.Jurutera-jurutera mereka banyak berkerja di industri-industri termasuk di negara kita.Tetapi negara mereka mundur.Mereka tiada budaya dan self-esteem mereka hancur masa penjajahan Sepanyol dan Amerika.Dan mereka jadi 'wannabe' kepada kebudayaan Latin dan Barat.

Self-esteem bahawa PERCAYA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.Salah satu booster untuk mencapai self-esteem ialah melalui sejarah.Sebab itu jika anda belajar taktik ketenteraan,ada strategi untuk melemahkan musuh dengan satu teknik perang saraf,iaitu memusnahkan sejarah bangsa yang kalah.Tujuan?Untuk HANCURKAN SELF-ESTEEM.Kita selalu dengar,apabila sesuatu negara melanggar negara lain,mereka akan membakar perpustakaan dan khazanah negara.Memusnahkan sejarah negara lain atau sesuatu bangsa akan melemahkan jatidiri dan semangat mereka.Tujuan?Supaya lemah untuk bangkit memberontak.Setiap 'uprising' mesti ada modal untuk buat 'battlecry'.Inspirasi untuk naik.Sejarah sesuatu bangsa adalah modal yang 'intangible' untuk pacu mereka supaya mara ke depan.Ahli sejarah pada zaman dahulu ibarat pegawai istana.Di dalam istana Maharaja China,memang ada penulis rekod dan sarjana sejarah yang akan buat riwayat (chronicles) pada satu-satu dinasti.BUdaya Rom,memang bersepah ahli sejarah macam Josephus.

Sebab itu saya benci sikap orang yang melihat pesimis terhadap kemampuan bangsanya sendiri.Mereka pandang rendah bangsanya sendiri lebih-lebih lagi yang profesion mereka lebih rendah pada pandangan orang pesimis ini.Jika dia engineer,dia akan pandang rendah anak bangsanya yang kerja buruh kasar.Kalau dia kerja pejabat,dia akan pandang rendah makcik cleaner.Pemikiran dia dah set bahawa bangsa dia tetap 'low-level' sampai bila-bila.Ini yang terjadi kepada Filipina dan Kemboja sebagai contoh.No self-esteem.No confident.

Sebagai contoh,seseorang yang mengadu sakit itu dan sakit ini,padahal doktor meyakinkan dia bahawa dia sihat.

Ini samalah dengan orang yang CACAT SELF-ESTEEM ini.Walaupun diyakinkan kemampuan anak bangsanya,dia TETAP PESIMIS.

Kita kena ada orang yang walaupun dia berpendidikan tinggi dan bergaul dengan masyarakat antarabangsa,namun dia manfaatkan status dia untuk bawa secebis ilmu yang bermanfaat untuk bangunkan bangsa dia.Kemudian bagi kata-kata semangat kepada anak bangsa.Berfikiran positif dan optimis.

Orang yang kononnya educated tapi cacat self-esteem layak disekolahkan di Giat Mara,IKM atau IKBN sebagai contoh.Biar kena ragging dengan budak-budak Melayu yang sudah faham sepak terajang penghinaan demi penghinaan.

Di IKM sebagai contoh,buat pengetahuan anda,lagu Anak Kecil Main Api dinyanyikan setiap pagi.Lagu ini punya 'dark-motivation' yang membangkit satu aura tersendiri.

Jika saya menjadi Menteri Pembangunan Manusia (contoh),semua anak-anak Melayu lulusan luarnegara saya akan sumbat ke dalam institut-institut yang pada pandangan masyarakat layak untuk anak Melayu tak lulus SPM atau tercicir ini.Bagi kursus dalam 6 bulan.Biar tahu langit tinggi atau rendah kat dalam tu.Suruh dia ambik course berat-berat macam wireman,tukang batu atau perkayuan.Dan saya pakat dengan senior mereka ragging puas-puas biar keluar nanti jadi manusia yang berhati perut dengan pencapaian dan susah payah anak bangsa nak survive kat tanahair sendiri.

I may be dumb
But I'm not a dweeb
I'm just a sucker with no self esteem

-The Offsping

~Cik Seri

Monday 24 December 2012

Tun Dr Mahathir Mohammad ART of ECONOMICS

Pengajaran utama daripada pengalaman ini ialah perlunya kita mengetahui punca sebenarnya ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan hubungan di antara pelbagai faktor yang berbeza.

Sebaik sahaja maklumat terperinci itu diketahui, tidak mustahil satu strategi dapat di rumuskan untuk menentang kuasa penyebab masalah tersebut.

Beberapa penyelesaian mungkin datang untuk sesuatu masalah dan ia perlu dibincangkan serta di cuba.

Rumusan alternatif sebagai sokongan perlu juga disiapkan kira rumusan terpilih gagal.

Perlaksanaan sesuatu penyelesaian itu harus dipantau oleh mereka yang merumuskan strategi itu sekurang-kurangnya untuk melihat proses perlaksanaannya bagi membolehkan sebarang langkah pembetulan diambil apabila perlu.

Maklumat yang lengkap lagi berterusan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi adalah amat penting. Angka, graf, dan carta memberikan gambaran yang lebih jelas berbanding hanya laporan dengan perkataan.

Penjelasan perlu dibuat secara lisan oleh pelapor itu sendiri. Sudah tentu mereka yang menerima laporan juga perlu berpengetahuan berhubung apa yang diperkatakan bagi membolehkannya membuat penilaian dan memutuskan apakah tindakan yang sepatutnya diambil.

Memang sesuatu sistem itu penting tetapi yang lebih mustahak orang yang bekerja dalam sistem terbabit.

Sebenarnya sesuatu sistem yang baik hanya mampu memberikan sebahagian penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Orang yang mengendalikan sistem itulah sebenarnya mampu menetukan bahawa ia benar-benar berkesan.

Suatu lagi pengajaran yang penting ialah Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dalam menguruskan ekonominya.

Ia tidak harus memberi ruang dirinya dilemahkan oleh kecuaian dalam penyenggaraan ekonomi dan kewangannya yang kukuh.

Wednesday 31 October 2012

Alter Melayu

Bangsa Melayu adalah bersifat pendiam,sensitif,jujur,menghormati orang luar (sehingga jika nak bercakap dengan Cina atau India pun terpaksa di'slang'kan bahasanya sendiri),banyak memendam rasa,amat kuat kefahaman kerohanian mereka dan mereka juga kreatif.Anda boleh membaca buku "The Malay Dilemma" karya Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai asas untuk mempelajari karakter bangsa misteri ini

Melayu, Jatidiri,Takwa dan Bersyukur

Manusia yang memahami agama,
akan mempertahankan status bangsanya,
sebab apa?
sebab bangsa itu diciptakan oleh Allah, tuhannya.
bila manusia itu faham,
maka dia boleh kekalkan jatidirinya,
bila memahami makna JATIDIRI, terbitlah sifat TAKWA,
bila itu berlaku, barulah dia faham nikmat dilahirkan pada sesuatu bangsa,
bila manusia mula berSYUKUR, maka tuhan tambahkan nikmat,
bila kufur engkar, maka azab turun sangat hebat,

BUKTI:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu:
“Demi sesungguhnya...
Jika kamu berSYUKUR nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,
dan demi sesungguhnya...
jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
[Surah Ibrahim] , [Ayat 7]

Akibat SYUKUR & ikut nasihat tuhan:
MELAYU MASIH BERAJA:
MELAYU MASIH ISLAM AGAMANYA (sejak zaman para nabi-nabi lagi...)
ingat yea...
jangan kamu sangka yang seluruh Nusantara ni agamanya hindu,
kerana agama Nabi Ibrahim sudah lama bertapak di Nusantara,
bila nabi penghabisan turun...
maka Umat Melayu paling senang masuk Islam tanpa perang.
hairan kan kenapa ?
maka serupalah halnya dengan sangkaan Yahudi,
disangkanya Arab Jahiliyah semuanya sembah patung berhala,
tak mungkin akan wujud nabi di tengah-tengah kota maksiat Mekah itu,
tup tup....
di tengah-tengah bandar yang pesat dengan ekonomi Arab itu,
di tengah-tengah pekan yang banyak tarian dangdut Arab malam-malam...
dengan arak bersepah-sepah...
boleh lahir seorang Nabi penutup ?
(hilang akal ke apa ? tu sebab kamu semua kena study sejarah.)

Manusia yang tak menghargai pemberian tuhan,
tuhan akan tarik nikmat tu dari diri mereka.
Sebab itulah tuan-puan...
umat Melayu ni amat memahami nasihat tuhan...
bangsa ini mencapai tingkat TAKWA yang sangat tinggi,
asbab memahami wahyu ALLAH,
dihormatinya kaum-kaum pendatang yang singgah di tanahnya,
diberinya tempat tinggal,
dijamunya makan dan boleh hidup sama-sama...
dianugerahkan warganegara,
bangsa Melayu berbesar hati memberi kurnia darjat, pangkat, pingat,
kepada banyak pendatang dari Tanah Besar Cina & Tanah Besar India,
bahkan boleh memiliki tanah-tanah Melayu yang Melayu kurniakan,
cuba lihat...
bangsa manakah sebesar & semulia ini,
yang sanggup hidup & berkongsi sama-sama dengan orang lain ?
JAWAPANNYA TIDAK ADA...
Hanya umat Melayu sahaja bersikap sedemikian...
Sebab bersifat TAKWA lah Melayu melakukan ibadat sesama manusia,
semulia ini rupanya...
Rupa2nya, kita berada di tengah2 sifat keTAKWAan umat Melayu,
sebab itulah bumi ini sentiasa dilimpahi rahmat & berkat.
Dihormati musuh dan kawan.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

BUKTI:
“Wahai manusia...!
Sungguh...
Kami telah menciptakan kamu,
dari seorang laki-laki dan seorang perempuan,
kemudian Kami jadikan kamu berbangsa2 dan bersuku-suku,
agar kamu saling mengenal.
Sungguh,
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah,
ialah orang yang paling bertakwa.
Sungguh...
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.”
(Al-Hujurat) , Ayat 13)

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Rupa-rupanya,
kita berada di tengah-tengah sifat keTAKWAan umat Melayu,
sebab itulah bumi ini sentiasa dilimpahi rahmat & berkat.
Dihormati musuh dan kawan.
Tapi ada orang YANG SESAT LAGI MENYESATKAN,
menuduh orang lain asobiyah,
maka sifat tuduhan ini layaklah dia digolongkan dengan YAHUDI,
sebab Yahudi sahaja tak punya sifat seperti MELAYU.

12:07 tengahari.
Okinawa, Laut Kemboja Timur, Jepun.
Rabu
03 Zulkaedah 1433
19 September 2012
(Takkan Islam Hilang Di Dunia)
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

dari DinarEmasDinarPerak

Tuesday 30 October 2012

Kod Etika Orang Jepun Yang Perlu Kita Contohi

Saya percaya bahawa kunci kepada etika kerja orang jepun boleh dilihat dalam upacara tradisional minum teh. Dari sudut budaya yang mendalam,upacara itu adalah sebahagian daripada proses latihan kerana melibatkan kaedah yang amat teratur dalam menggunakan kelengkapan yang diperbuat daripada buluh. Apabila kita mempunyai budaya yang halus sehingga ke akar umbi, segala-galanya yang berpaksikan budaya
itu akan mempamerkan kekemasan dan ketelitian yang serupa. Apabila orang jepun membina tiang misalnya, mereka akan serta-merta membalutnya dengan bahan pelindung agar tidak rosak dirempuh oleh pekerja yang membawa bahan-bahan berat. Budaya yang mengutamakan ketepatan ini mungkin melambatkan kerja pada peringkat permulaan, tetapi cepat mencapai kelajuan kerana prosedur dan amalan yang baik diwujudkan dari awal. Apabila orang jepun memutuskan yang mereka perlu mengeluarkan barangan bermutu tinggi, mereka boleh melakukannya dan mengekalkan kos pengeluaran yang rendah. Jumlah yang dihasilkan bagi satu-satu masa tidak berkurangan dan akhirnya margin keuntungan menjadi lebih besar DOKTOR UMUM memoir Tun Mahathir Mohammad page 387

Sunday 28 October 2012

Tun Dr Mahathir Mohammad ART of ECONOMICS

Pengajaran utama daripada pengalaman ini ialah perlunya kita mengetahui punca sebenarnya ia berlaku, bagaimana ia berlaku dan hubungan di antara pelbagai faktor yang berbeza.

Sebaik sahaja maklumat terperinci itu diketahui, tidak mustahil satu strategi dapat dirumuskan untuk menentang kuasa penyebab masalah tersebut.

Beberapa penyelesaian mungkin datan
g untuk sesuatu masalah dan ia perlu dibincangkan serta di cuba.

Rumusan alternatif sebagai sokongan perlu juga disiapkan kira rumusan terpilih gagal.

Perlaksanaan sesuatu penyelesaian itu harus dipantau oleh mereka yang merumuskan strategi itu sekurang-kurangnya untuk melihat proses perlaksanaannya bagi membolehkan sebarang langkah pembetulan diambil apabila perlu.

Maklumat yang lengkap lagi berterusan mengenai apa yang berlaku di peringkat akar umbi adalah amat penting. Angka, graf, dan carta memberikan gambaran yang lebih jelas berbanding hanya laporan dengan perkataan.

Penjelasan perlu dibuat secara lisan oleh pelapor itu sendiri. Sudah tentu mereka yang menerima laporan juga perlu berpengetahuan berhubung apa yang diperkatakan bagi membolehkannya membuat penilaian dan memutuskan apakah tindakan yang sepatutnya diambil.

Memang sesuatu sistem itu penting tetapi yang lebih mustahak orang yang bekerja dalam sistem terbabit.

Sebenarnya sesuatu sistem yang baik hanya mampu memberikan sebahagian penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Orang yang mengendalikan sistem itulah sebenarnya mampu menentukan bahawa ia benar-benar berkesan.

Suatu lagi pengajaran yang penting ialah Malaysia perlu sentiasa berhati-hati dalam menguruskan ekonominya.

Ia tidak harus memberi ruang dirinya dilemahkan oleh kecuaian dalam penyenggaraan ekonomi dan kewangannya yang kukuh.

AHLI POLITIK Sepanjang Zaman & PEMERINTAHAN Paling Bersih (Bahagian 8)



Dalam keadaan sakit Abu Bakar berasa bimbang  jika Muslimin berpecah-belah setelah ketiadanya. Dengan itu dia ingin memilih seorang khalifah untuk mereka selepasnya. Dia memerhati,merenung dan berfikir. Akhirnya memilih Saidina Umar bin al-Khattab. Untuk memastikan hatinya, dia meminta para pembesar sahabat di sekelilingnya supaya memberikan pendapat  tentang pilihan ini.

Semua menjawab: Umar baik, jujur dan mukmin. Tetapi…. Di sini, mereka mulai memperlihatkan penentangan terhadap Umar

Sebahagian mereka berkata : “Umar seorang pembengis. Politik memerlukan taktik lemah lembut.” Sebahagian yang lain pula berkata : “Sifat luarannya amat ketat daripada sifat dalamannya. Politik memerlukan sebaliknya….”

Sebahagian mereka masuk dan berhujah dengan Abu Bakar di tempat pembaringan sakitnya : “ Apakah anda  akan menjawab kepada Tuhan jika ditanyakan kami dengan Umar? Anda telah melihat sendiri apa yang dibuat Umar kepada orang ramai. Bagaimana akan menjadi nanti kepada mereka setelah anda menemui  Tuhan?”

Disini , Abu Bakar menjadi marah, Dia berteriak kepada orang ramai di sekeliling, tetapi mereka  mendudukkanya ke pembaringan, Apabila dia duduk, katanya dengan marah: “Demi Allah, adakah sekalian menakut-nakutkan saya? Allahumma,  Saya bersumpah sekalian adalah sebaik-baik ahli!”

Ya, Abu Bakar menyedari bahawa Islam dalam keadaan genting . Pada saat genting memerlukan Ketua Negara yang berterus terang dan tidak bermuka-muka kepada rakyat melakukan keadilan, dan tidak berat sebelah terhadap rakyat. Abu Bakar mengenali hakikat Umar sebenar, tetapi orang lain mengenalinya hanya melalui kemasyhuran ialah hasil campur dan tolak perasaan terhadap Umar. Tetapi Abu Bakar mahu penyelesaian terhadap Umar. Dengan itu, Abu Bakar cepat-cepat berpidato kepada rakyat: “Apakah tuan-tuan suka dengan orang saya pilih untuk tuan? Wallah, saya tidak mahu memeningkan kepala. Saya tidak mahu orang daripada keluarga saya. Saya telah melantik Umar bin al-Khattab. Tuan-tuan hendaklah ikut dan patuh kepadanya..”

Abu Bakar meninggal dunia pada malam Isnin

Hari selasa . Khalifah baru Saidina Umar bin al-Khattab berpidato didalam Masjid : “ Aiyunan nas . Saya hanya manusia biasa seperti tuan-tuan juga. Andainya saya tidak mahu menyahut perintah Khalifah Rasullah SAW, tentu saya akan ikut perintah tuan-tuan.”

Semua yang hadir pada ketika itu hanya diam.

Umar berdoa dan orang ramai mendengar: “ Ya Tuhan! Diri saya amat bengis, jadikanlah lembut! Ya, Tuhan! Diri saya amat lemah, jadikanlah kuat! Ya, Tuhan! Diri saya amat Bakhil,jadikan pemurah!

Pada kali ini, orang ramai menunggu dan diam. Umar  terus berdoa dan orang ramai mendengar: Allah akan menguji tuan-tuan dengan saya dan akan menguji saya denagn tuan-tuan!”

Itulah pesanan yang disampaikan Umar kepada rakyat dengan jawatan barunya: Keislaman.Keimanan,Kemampuan dan keperibadian.

Sekarang Ketua Negara memulakan tugasnya dan mulai menerima tanggungjawabnya


Tugas yang dijalankan Saidiana Umar
Tugas pertama : Saidina Umar  al-Khattab memerlukan pasukan sukarelawan yang berkhidmat dalam angkatan tentera Muslimin yang sedang berjuang menentang Parsi di Iraq. Pasri telah memperhebatkanserangan mereka . Tentera Muslimin terpaksa berundur ke kota al Hairah. Umar sekarang sedang menghadapi saat-saat genting. Bertangguh akan membahayakan. Keadaan dalam kesulitan. Saat-saatnya mencemaskan Khalifah memerlukan pasukan sukarelawan


Tidak ada pasukan sukarelawan

Sehari, dua hari dan tiga hari telah berlalu, masih tidak ada pasukan sukarelawan. Adakah rakyat masih takut terhadap kebengisan Umar? Kalau begitu. Biarlah Umar menjelaskan kepada rakyat

Ketika sampai waktu sembahyang, Amirul Mukmin berpidato kepada orang ramai : “ ketahuilah bahawa saat-saat genting amat mendesak. Tetapi kegentingan itu akan berlaku kepada orang-orang yang menzalimi dan mencerobohi kaum Muslimin. Berkenaan keselamatan,agama dan penghematan, maka saya tidak akan membiarkan seorang pun menzalimi atau mencerobohi orang lain hingga saya menekan sebelah pipinya ke tanah dan memijak sebelah pipinya satu lagi dengan kaki saya hingga dia menerima kebenaran. Dalam saat-saat genting, saya telah menyembam  muka saya ke tanah untuk orang-orang yang mulia dan buta. Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kepada Allah. Bantulah saya untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta menjalankan pesanan yang diperintah Allah tentang urusan tuan-tuan. Saya ucapkan ini, dan semoga Allah mengampukan diri saya dan tuan-tuan sekelian!”

Pidato Umar berakhir. Rakyat mulai berfikir untuk beberapa seketika. Kemudian mereka mulai memberi jawapan yang positif.

Orang yang pertama member jawapan adalah Abu Ubaid aht-Thaqafi. Jadi, Abu Ubaid ath-Thaqafi dilantik menjadi panglima tentera

Sekarang, masa untuk ragu-ragu telah berakhir. Bermulalah masa ketegasan

Surat keputusan nombor 2 daripada Amirul Mukminin kepada tentera Muslimin (Syria sekarang) : Khalid bin al-Walid dipecat daripada panglima tentera. Abi Ubaidah bin al-jarah dilantik menjadi panglima tentera . Sebab utamanya adalah disebabkan kelewatan tentera memenuhi tugas di syam dan sebab-sebab yang lain….

Kemudian peringatan daripada Khalifah baru kepada panglima tentera baru: “ Sesungguhnya Allah telah menguji anda dengan saya dan menguji saya dengan anda. Janganlah terpengaruh dengan kemewahan dunia . Berhati-hatilah anda terhadap kemusnahan seperti kemusnahan umat sebelumnya. Kamu semua telah melihat pertarungan mereka”

Mulai dari sekarang, tidak ada kekuatan kecuali dengan kebenaran. Tidak ada perhitungan kecuali denagn pernatijahan. Tidak ada perselisiahn kecuali dengan keadilan .Mulai dari sekarang tidak ada sesiapa yang mengatasi penyemakan,perhitungan atau kritikan.

Arab mara ke medan perang Yarmuk di palestin. Mereka mengepung kota Damsyik. Mereka menawan kota humas.

Arab mara dan mara…

Di setiap kemaraan, Umar menulis surat kepada setiap panglima tenteranya: “ Tulislah surat kepada saya tentang semua hal ehwal dan tafsil tuan-tuan. Bagaimana kamu sekalian singgah, bagaimana kedudukan musuh sekalian. Tulislah surat kepada, seakan-akan saya melihat sekalian. Jadikan ahwal sekalian jelas di hadapan saya!”

Akhirnya tentera Muslimin mencapai kemenangan besar di Iraq iaitu di medan pertempuran Qadsiah